AKADEMI MENGAJI ABATA
Kelas Kanak-kanak & kelas dewasa
-
Kami di Akademi Mengaji Abata USJ 9 menyediakan kelas pengajian Quran, fardhu ain untuk dewasa & kanak-kanak.
-
Bagi yang berminat untuk mendaftar, boleh menghubungi kami direct melalui whatsapp ataupun call insyaAllah pihak kami akan membantu anda berkaitan pendaftaran, penyusunan kelas serta beberapa perkara berkaitan.
-
HARAP MAKLUM, Perlu ditekankan disini, kelas kami adalah berfokus pada bacaan quran, pelajaran-pelajaran lain seperti Fardhu ain, Tadabbur Quran & Tadarrus Quran, bacaan hadith adalah sekadar selingan sahaja. TIDAK BOLEH BERDAFTAR semata-mata untuk belajar fardhu ain sahaja atau untuk certain pelajaran sahaja. PERLU ambil pakej BACAAN QURAN, baru akan dapat pelajaran2 yang lain.
Siapa yang perlu belajar dengan kami??
Bagi Kelas dewasa:-
​
-
Berumur 20 tahun ke atas & juga seorang muslim.
-
Boleh membaca quran tetapi ingin memantapkan lagi.
-
Boleh baca quran tetapi belum lancar.
-
Boleh baca quran, tetapi masih keliru makhraj, tajwid & sifat huruf.
-
Pernah belajar iqra' tetapi berhenti separuh jalan ( Ustaz akan check bacaan, kalau ok boleh sambung je daripada yang kita dah mahir, tak perlu ulang semula iqra'1).
-
Tidak boleh membaca quran langsung / tidak kenal huruf.
Bagi Kelas Kanak-Kanak:-
-
Berumur 5 tahun keatas sehingga 19 tahun.
-
Boleh membaca quran tetapi ingin memantapkan lagi.
-
Boleh baca quran tetapi belum lancar.
-
Boleh baca quran, tetapi masih keliru makhraj, tajwid & sifat huruf.
-
Pernah belajar iqra' tetapi berhenti separuh jalan ( Ustaz akan check bacaan, kalau ok boleh sambung je daripada yang kita dah mahir, tak perlu ulang semula iqra'1).
-
Tidak boleh membaca quran langsung / tidak kenal huruf.
-
Tiada pendedahan kepada kelas agama/ ilmu agama.
-
Tak tahu apa2 berkaitan sirah nabi, malaikat serta Allah & Iblis.
-
Tak tahu baca jawi & langsung tak tahu bab solat.
-
Tiada pendedahan kepada bacaan2 doa.
-
Kurang hafalan quran & doa2 harian.
Apa yang kami tawarkan?
-
Kami adalah satu2nya pusat pengajian quran yang menawarkan pembelajaran dalam group kecil (antara 8~ 10 orang pelajar sahaja) kerana kami lebih menekankan keselesaan, quality bacaan serta mementingkan focus. Pelajar lebih focus & guru pun senang untuk memantau performance pelajar masing-masing.
-
Kelas disusun mengikut tahap bacaan ( bagi kelas dewasa), jadi hilang perasaan malu setiap pelajar, kerana bukan sahaja belajar dalam group kecil, malah mereka semua yang dalam group adalah sama tahap bacaannya. Jika pelajar iqra' 4, pelajar dalam tu semua pun iqra'4. Jadi seronok belajar dengan mereka yang sama tahap dengan kita, tak ada istilah pandai atau tidak..yang membezakan adalah rajin atau tidak sahaja
-
Bagi kelas kanak2, pelajar dibahagi mengikut tahap umur..jika sekolah rendah, disusun pelajar sekolah rendah atau lebih kepada tahap mumayyiz pelajar..biasanya umur 11 tahun (darjah 5 ) pun dimasukkan ke kelas remaja kerana tahap kematangan mereka.
-
Konsep Iqra' moden yang di cipta oleh Ustaz Muhammad, memudahkan pembelajaran masakini. Kerja rumah & pengulangan bacaan setiap hari yang dipantau melalui media massa membuatkan pelajar sentiasa mempraktikkan bacaan. Jadi mempercepatkan process pembelajaran.
-
Terdapat juga kelas secara fizikal (ditempat kami) mahupun secara ONLINE (melalui applikasi ZOOM) bagi kelas dewasa jadi memudahkan pelajar dimana jua anda berada selagi mempunyai rangkaian internet, boleh belajar bersama kami.